HOME

0

Category:




























SELAMAT DATANG DAN TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG INI
Kita pemancing dimalaysia sungguh beruntung sekali. Lautan luas serta sungai dan sebagainya yang cantik memberi rezeki terustamanya kepada mereka - mereka yang minat memancing. Terdapat lebih 700 spesies ikan laut dan ratusan spesies ikan air tawar yang terdapat di perairan malaysia. 


Ikan - Ikan kita yang berbagai spesies ini merupakan warisan hasil bumi hutan hujan tropika. Namun demikian adalah menjadi tangungjawab kita mengekalkan warisan ini. Semoga anda mendapat pengetahuan daripada blog ini.




















Fishing spot

0

Category:

Kuala keniam

Terletak lebih kurang 4jam perjalanan melalui bot daripada kampung kuala tahan. Kos untuk memancing di sungai keniam sangat tinggi tapi berbaloi kerana disungai keniam banyak terdapat lubuk-lubuk ikan kelah yang sangat mudah ditewaskan. Kawasan yang sunyi dan jarang dikunjungi pelawat ini memang sesuai untuk memancing.












Galari Gambar

0

Category:

Gambar - Gambar Ikan Yang Tewas Di Sungai Tembeling


ikan Baung kenerak seberat 6.5kg
Umpan: ikan hidup





Ikan Kelah seberat 3.5kg
Umpan : Kelapa Sawit


Ikan Kelah Yang Tewas di Sungai Keniam







Ikan kelah seberat 6kg
Umpan: Kelapa Sawit








0

Category:

Teknik Mengawal Joran







Tabiat sesetengah ikan terutama ikan yang bermain didasar laut atau sungai, untuk melepaskan diri ialah dengan cara melarikan diri di celah-celah batu karang atau pokok-pokok tumbang atau dicelah akar kayu. Apa yang perlu anda lakukan, cuba halang perkara ini daripada berlaku dan ia memerlukan kemahiran tertentu. Jika ikan sempat mencari perlindungan, anda akan tertewas tapi jika anda ketatkan butang tarikan pada kekili, tali akan putus. Teknik yang sebaiknya ialah:-

1. Dengan cara menjatuhkan hujung batang joran selari dengan tarikan ikan tersebut. Biarkan ikan menarik tali itu dalam keadaan lurus.

2. Selepas itu anda tarik semula tali pancing dengan mengangkat
batang joran dalam keadaan selari dengan tarikan ikan itu.

3. Perlu diingatkan, ketika anda menjatuhkan hujung joran ketika ia
menerima tarikan, acap kali ikan berkenaan akan berhenti buat seketika.
Jika keadaan seperti ini berlaku, masa itulah anda kawal ikan tersebut
dengan melawan tarikannya pula.

4. Dengan berbuat begini kemungkinan besar anda pasti berjaya
menewaskannya.


Penjagaan peralatan memancing





A. Sukan memancing hari ini diceburi oleh semua golongan masyarakat.Yang berpendapatan tinggi ,sederhana dan rendah semuanya ada. Cuma mungkin perbezaan ketara ialah padang pancing dan peralatan yang digunakan . Peralatan yang mahal tidak semestinya tahan lama kalau tidak ada perjagaan rapi dan yang murah belum tentu cepat rosak kalau pandai menjaganya. Samada memancing di laut atau darat, implikasi masalah tetap sama. Namun memancing air masin lebih tinggi risiko kerosakan dari memancing air tawar. Kadar oksidasi air masin mempercepatkan tindakbalas yang menghasilkan karat. Disini diberi beberapa langkah yang berkesan untuk menjaga peralatan pancing supaya dapat bertahan lama.

1. Sewaktu pulang dari aktiviti memancing, luangkan sedikit masa dengan mencuci ataupun melakukan service ringkas untuk semua peralatan yang digunakan semasa memancing. Kekili dan Joran perlu dibilas dengan air paip selepas memancing. Pastikan ‘drag’ dan geledung kekili diketatkan sebelum dibilas. Ia bertujuan mengelakkan air dari memasuki bahagian dalaman kekili. Jangan sama sekali merendam kekili dalam air semasa mencucinya. Selepas mencuci biarkan seketika hingga kering dan lapkan sekiranya terdapat lebihan air terkumpul. Gunakan WD-40 atau minyak mesin jahit untuk menyembur bahagian yang bergerak terutama pemegang, dalaman geledung dan sebagainya yang dirasakan perlu. Longgarkan ‘drag’ kekili pada tahap minimum serta pisahkan kekili dari joran sebelum menyimpannya ditempat tidak tercapai oleh anak-anak. Pemancing tidak digalakkan menyimpan joran dan kekili didalam bonet kereta terlalu lama kerana bonet yang berhabuk dan berpasir boleh memendekkan hayat kekili dan joran.

2. Untuk mata kail jangan campurkan yang telah digunakan bersama-sama yang baru. Karat akan mudah merebak pada mata kail lain terutama mata kail jenis tidak tahan karat. Asingkan dalam tempat khas sekiranya ingin digunakan lagi. Jika mata kail kurang tajam gunakan kikir halus atau kertas pasir bagi mengasahnya menjadi tajam semula. Disyorkan gunakan mata kail yang tahan karat kerana ia tahan dan boleh
digunakan berulang kali.

3. Playar adalah salah satu peralatan penting dalam memancing. Jika pulang dari memancing cuci dengan air , lap dan di sembur dengan WD-40 terutama pada bahagian tengah bagi tidak ketat dan lancar pergerakkannya.

4. Tali pancing pada geledung perlu diperiksa sebelum turun memancing. Geledung perlu di jirus supaya air masin tidak terkumpul. Jangan sama sekali menarik tali yang tersangkut menggunakan joran. Joran akan mudah patah. Cara seeloknya luruskan joran dan ketatkan ‘drag’ sedikit dan kemudian tarik tali dengan menggunakan kain. Bagi pemancing tebing atau pantai, elakkan pasir atau lumpur dari memasuki kekili. Ini boleh menyebabkan kekili mudah rosak kerana bahan-bahan ini akan bertindak seperti kertas pasir yang boleh menghakis ‘gear’ dan alas bebola kekili.

5. Kekili lama yang rosak jangan dibuang kerana ia mungkin ada kegunaan seperti untuk dijadikan ‘spare parts’ kerana tidak banyak kedai pancing yang menjual barang gantian untuk kekili.Panduan diatas dicatitkan mengikut pengalaman saya. Ramai pemancing lain mempunyai panduan menjaga peralatan pancing masing-masing supaya tahan lama. Ia nya bergantung kepada pemancing itu sendiri yang menentukan amalan perjagaan peralatan . Dibawah ini pula saya akan ‘kupas’ secara terperinci tentang peralatan yang digunakan semasa aktiviti memancing:

B. Tali – Perkara Utama yang harus dilakukan ialah memeriksa ‘tali ibu’ di kekili dengan mempastikan tali tersebut tidak luka atau keras. Pemancing diingatkan agar tali ibu itu bersesuaian dengan kekili kerana ada setengah pemancing menggunakan kekili yang kecil tetapi dipadankan dengan tali yang besar. Anggapan agar mudah menarik ikan yang besar. Sebenarnya itu satu kesilapan kerana masalah yang kerap timbul ialah;

1. Sukar membuat lontaran jauh dan tepat.

2. Tali mudah keluar dan ‘berserabut’, secara tidak langsung memaksa pemancing memotong tali bermasalah ini dan ia akan menjadi sedikit didalam kekili.

3. Tali yang keras pula akan sentiasa ‘bergulung’ dan sukar menegangkannya dan ini memaksa pemancing menggunakan batu ladung yang besar namun tanpa disedari tali tersebut sebenarnya telah reput dan mudah putus.Nasihat kepada pemancing, apakiranya mengeluarkan sedikit modal membeli tali yang sepadan dan mempunyai kekuatan seimbang dengan kekili yang digunakan agar tidak berputih mata. Persoalan disini bilakah anda perlu menukar tali pancing? Catitkan

1. Kekerapan anda menggunakan tali itu.
2. Cara-cara anda menggunakan tali tersebut.
3. Pendedahan tali itu kepada cahaya matahari.
4. Menyimpan tali ditempat yang tidak sesuai.

Perkara yang kerap merosakkan tali pancing (kesimpulan dari masalah diatas)

1. Kekerapan tali pancing menerima tarikan yang kuat bukan saja datang dari ikan tetapi juga dari diri anda sendiri ketika tali itu tersangkut pada batu karang atau dahan-dahan kayu didalam air tempat anda memancing. Kerosakkan teruk adalah pada hujung tali ini secara tidak langsung melemahkan tali dan bahagian ini harus dipotong.

2. Tali yang pecah dan bertukar warna. Cara memeriksanya mudah dengan hanya menggunakan jari. Tali yang rosak ini boleh mengurangkan sehingga 50 % kekuatan tali asal. Oleh itu ia harus ditukar segera.

3. Pendedahan yang terlalu lama kepada cahaya matahari terutama belakang kereta boleh mengakibatkan kerosakkan kepada molekul tali tersebut. Anda boleh mengesan kerosakkan pada tali dengan melihat perubahan pada warna dan kekerasan tali. Tempat menyimpan dibawah tekanan lembab spt. terdedah kepada embun, tempias hujan serta
berhampiran peti sejuk, tv. atau alat penghawa dingin turut merosakkan tali.

4. Bahagian batang pancing yang rosak terutama di ‘cincin’ joran seperti berkarat dan berkerutu adalah salah satu punca utama tali mudah rosak, luka dan mudah putus. Oleh itu seringlah mempastikan perkara-perkara diatas dapat diatasi jika tidak tali terpaksa ditukar baru.










Tip Umpan

0

Category:

Kelkatu efektif untuk ikan air tawar





UMPAN kelkatu (white ant) yang biasanya ditemui selepas hujan ketika waktu senja cukup digemari dikalangan pemancing ikan air tawar seperti talapia, puyu, tengas, lampam dan temakang. Asalnya terbentuk dari serangga anai-anai yang dianggap musuh utama kepada penghuni rumah dan pemilik ladang, saudaranya iaitu kelkatu sangat efektif digunakan untuk umpan ikan air tawar ini. Ciri-ciri lain pada kelkatu iaitu mempunyai dua bahagian abdomen, sepasang sesungut dan dua pasang sayap berwarna perang cerah seluruhnya, mudah tertanggal apabila terkena air atau ketika jatuh di atas tanah. Kebiasaannya habitat kelkatu boleh ditemui dalam busut atas tanah atau pokok dan kemudiannya akan terbang mencari kawasan baru untuk membina koloni barunya. Dalam koloni kumpulan ini, terdapat beberapa lapisan atau kasta yang diklasifikasikan sebagai raja, ratu, askar dan pekerja yang mempunyai tanggungjawab penting iaitu membina sarang diperbuat daripada tanah. Di negara ini, terdapat sekurang-kurangnya 175 spesies dan 42 genera anai-anai. Spesis yang biasa ditemui adalah dalam kumpulan Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae.

Umpan kelkatu mudah dicari apabila menjumpai kumpulan berterbangan berhampiran cahaya lampu rumah atau bangunan. Cara untuk menangkapnya adalah mudah dengan mengutip serangga ini yang terjatuh berhampiran kawasan lampu tadi selepas sayapnya gugur selepas itu. Dalam arena memancing, teknik pancing menggunakan joran teleskopik sangat berkesan dengan menggunakan umpan ini. Mata kail kecil bersaiz tujuh yang dicangkukkan dari bahagian abdomen belakang hingga kepalanya.




Anak tebuan untuk pancing puyu, haruan




.
UMPAN serangga seperti anak tebuan cukup sinonim dengan pemancing yang gemarkan memancing ikan puyu, haruan atau keli di kawasan air tawar seperti sawah padi, sungai atau paya.

Baunya yang sedikit tengik atau berbau cukup di gemari ikan yang menghidunya untuk dijadikan menu makanan utamanya. Bentuknya menyerupai larva seakan ulat beluncas serta berwarna putih ketika masih ‘bayi’ dan berwarna kehitaman apabila dewasa, dijumpai dalam kepompong sarangnya.





Katak minyak umpan haruan, bujuk




KATAK minyak yang biasanya ditemui dalam parit atau bawah daun cukup dikagumi kaki mengilat ikan air tawar seperti haruan atau bujuk yang gemar menggunakan umpan ini untuk memburu dua spesies terbabit. Selain mudah didapati, spesies amfibia yang berkaki panjang di belakang dan berkaki pendek di depannya serta berkulit perang muda pada badan dikatakan paling berkesan untuk menjerat ikan terbabit sebagai diet makanan utamanya.

Asalnya daripada telur atas permukaan air, katak minyak ini yang juga seperti katak lain akan berkembang menjadi anak berudu kemudian berubah menjadi katak dewasa apabila mencapai tempoh matangnya. Bergerak secara melompat dari satu tempat ke tempat lain dan menjadikan serangga sebagai makanannya, katak ini gemar menjadikan kawasan tanah lembap sebagai habitatnya untuk berlindung dari musuhnya.Secara amnya, spesies dari famili Anura mudah dikesan apabila mengeluarkan bunyi menguap secara berterusan ketika musim mengawan atau hujan.

Di arena memancing, katak minyak bersaiz satu hingga dua sentimeter saja akan digunakan. Caranya, mata kail bersaiz enam atau tujuh dicangkuk pada bahagian duburnya hingga ke dalam perut.Cara berkesan untuk menjerat ikan haruan menggunakan katak ini, adalah gewang jenis perambut getah atau dikenali sebagai ‘janggut’ oleh pemancing tempatan akan dicangkuk pada katak itu.Umpan ini dibaling ke kawasan reba kayu dan selepas itu karauan secara perlahan dilakukan untuk meransang deria bau ikan.Di kedai akuarium, katak banyak dijual dan harganya sekitar 40 sen seekor dan mereka yang ingin mencari sendiri boleh melakukannya dengan menyuluh katak itu di sekitar kawasan padang lembap atau tebing parit, sawah atau sungai. Kini,

katak tiruan juga boleh didapati sekitar kedai menjual peralatan memancing dengan pelbagai saiz dan warna. Katak tiruan kurang efektif berbanding katak hidup, ini kerana faktor bau katak hidup dikatakan cepat merangsang spesies haruan untuk memakannya.




Buah mengkudu umpan ikan air tawar




BUAH Mengkudu atau nama saintifiknya Morinda Citrifolia, cukup sinonim dengan kaki pancing yang giat memburu ikan bersisik seperti lampam, terbol, pucuk pisang dan kaloi yang dikatakan gemarkan buah ini.

Buah berkenaan berwarna hijau atau putih susu ketika muda dan perang selepas masak. Buah ini juga mengeluarkan bau busuk seakan keju masam selepas gugur dari pokoknya.
Lazimnya buah ini tergolong dalam famili Rubiaceae ini berbentuk sedikit melengkung dan bersaiz telur ayam dan mudah didapati di sekitar kawasan kampung, tepi sungai atau pinggir hutan. Tinggi pokoknya iaitu kira-kira empat hingga lima meter dan dahannya bengkang-bengkok serta mempunyai daun yang tebal dan hijau berkilat.

Selain digunakan sebagai umpan memancing, buah ini yang sudah dikomersialkan ini turut memiliki khasiat yang menakjubkan untuk tubuh badan bagi penggemar jusnya.
Taburannya yang begitu banyak sekitar Asia Tenggara menyebabkan segelintir pengusaha menanamnya untuk dijadikan bahan ubat-ubatan dan kosmetik.Dalam jurnal yang dipaparkan dalam internet, khasiatnya sungguh banyak iaitu mempunyai pelbagai zat yang mampu mengekang tekanan darah tinggi serta kanser. Di arena memancing pula, cara buah mengkudu ini digunakan sebagai umpan iaitu dengan menghiris berbentuk dadu kecil.

Ketulan ini kemudiannya dicucuk seperti sate pada perambut tunggal sepanjang setengah depa.Selain itu, kaedah lain iaitu menggunakan sebiji buah mengkudu masak ranum yang dicangkukkan mata kail rambai turut berupaya menjinakkan
ikan air tawar.Difahamkan, bau busuknya menyebabkan ikan bersisik mudah mengesannya dan masa dulu buah ini menjadi umpan pilihan bagi masyarakat kampung selain buah sawit dan buah ara.Menurut penggemar yang pernah menggunakan umpan ini, buah mengkudu masak ranum mampu menjerat ikan bersaiz lebih daripada sekilogram.Lubuk pancing di kawasan sungai semula jadi menjadi pilihan pemancing kerana selain menjadi habitat ikan bersisik ini, buah mengkudu mudah didapati di sekitar kawasan berkenaan.



Buah Ara upaya jinak kelah



BUAH Ara (Ficus auriculata Lour) juga diklasifikasikan sebagai buah hutan tempatan yang bertaburan di kebanyakan negara kita. Justeru, jenis pokok yang tumbuh dalam iklim khatulistiwa dan tropika biasanya boleh ditemui berhampiran sungai di pedalaman hutan atau pinggir kampung-kampung.

Cirinya berbentuk bawang dan kedudukan buah ini antara dua hingga sepuluh biji serangkai serta berwarna hijau sebelum masak berwarna merah ketika masak.Bahagian dalam buah ini, berongga dan dilapiskan oleh biji-biji kecil yang berwarna merah. Buah ini mempunyai satu lubang kecil pada hujungnya.Buah yang juga dalam famili Moraceae ini turut digemari binatang hutan seperti kelawar buah, tupai, monyet dan spesies ikan seperti kelah yang ratanya bersifat omnivor ini.

Terdapat kira-kira 800 spesies buah ini di dunia. Buah ara juga turut digunakan dalam perubatan tradisional kerana mengandungi bahan antioksida.Dalam arena memancing, buah ara masak biasanya dipilih pemancing tempatan kerana diakui mampu menjinakkan spesies kelah (Tor tambroides).Menurut pemancing yang biasa menggunakan buah ini, caranya dengan mencangkuk sebiji buah ini pada mata kail saiz nombor 11 dan disertakan perambut tunggal berkekuatan 30 paun Tambah mereka, balingan juga perlu ditumpukan di bawah pokok ara yang terletak berhampiran dengan sungai yang mengandungi ikan ini.Turut dikatakan buah ini hanya berkesan ketika musimnya masak untuk menjerat ikan ini dan logiknya kerana pada musim ini, ia hanya menjadi kegemaran ikan kelah ini saja dalam menu harian mereka.





Teknik Ikatan

0

Category:

Teknik ikatan T-Knot bagi penyambungan dua atau lebih mata kail





Step 1: Tie an over hand knot in your main leader without closing it.






Step 2: Insert the bite leader through the loop.





Step 3: Tighten the knot and leave about 20cm of loose end to tie the T-knot.





Step 4: Use the loose end of the bite leader to make 5 wraps around the main leader starting from the top.





Step 5: Tighten the 5 wraps.




Step 6: Use the bite leader to make 5 wraps around itself at the opposite side of the over hand knot.




Step 7: Do the same for the bottom part of the knot at the main leader.




Step 8: Tighten the wraps and you can see the 3 sets of wraps forming a "T".






Teknik ikatan mata kail